Jumaat, 8 Oktober 2010

cinta Rasulullah .....

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: ”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit…”
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Rasulullah s. a. w. bersabda, “Sampaikan pesanku walau sepotong ayat”.....
~ya RASULULLAH~

Suratan Atau Kebetulan ?

oleh Psikik Arm pada pada 18hb September 2010 pukul 3.15 pagi
Bismillahirahmannirahim.....

Jom Kita Lihat Persamaan Seni Bina Didalam Negara Yang Kita Cintai Ini....
Kepada Yang Tidak Meminati Ataupun Percaya Kepada Teori Konspirasi Freemason...Maka Abaikanlah Gambar2 Dibawah Nie Ya...Kerana Cuma Akan Membuang Masa Anda Yang "BERHARGA" Tu....


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)




Putrajaya And Vatican City ?
Perhatikan MATA


Masih Lagi Diarea Putra Jaya....=Alamanda



Presint 5-




Sambil Lihat Gambar Nie...Digalakkan Untuk Memasang Lagu Kenny Martin=Suratan Atau Kebetulan.....

Sumber Gambar Daripada Sahabat2 Saya Yang Perihatin Dengan Konsprasi Baik Didalam Dan Luar Negara.....

Keypad Lock=http://www.facebook.com/keypadl0ck
Clulues Mind=http://www.facebook.com/notin2see (Allahyarham Faizal Abdul Aziz....Semoga Beliau Tergolong Dikalangan Orang2 Yang Beriman....Amin)

Dan Kepada Sahabat Disini Yang Tak Memahami Apa Yang Saya Ingin Sampaikan Di Dalam Nota Ini...Dan Menganggap Pekara Ini Adalah KEBETULAN...
Saya Menyarankan Saudara2 Menonton Video Dokumentari Konspirasi Dunia Gelap Freemason Bertajuk THE ARRIVALS...
Dimana Dokumentari Ini Akan Memberikan Sedikit Pencerahan....Siapakah MEREKA,APAKAH YANG INGIN MEREKA LAKUKAN...
Dan Lebih Memeranjatkan..Saudara2 Sendiri Pastinya Tidak Sangka...Mereka Sedang Menantikan Ketibaan DAJJAL..
SETELAH JANNA SYARIZA GUGUR, FARAH AZLINA JUGA GUGUR ?


Masihkah anda ingat lagi d...engan nama Janna Syariza Mohd Zaki ? Nama yang sebelum ini meletop kerana menyimpan salah satu bahan bukti terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung di Jalan Duta.

Janna Syariza ialah tunangannya Saiful Bukhari Azlan, dan bahan bukti yang pernah disimpannya ialah seluar dalam tunangnya yang berjenama Levis berwarna biru tua. Ironinya seluar dalam tersebut, merupakan seluar dalam yang digunapakai oleh Saiful Bukhari sejurus sebelum dara duburnya dirobek.

Mengapa bahan bukti tersebut berada dalam mesin basuh di rumah Janna tidak di rumah Saiful bukanlah perkara yang ingin dipersoalkan. Status pertunangan antara Saiful dan Janna juga tidak akan diperkatakan di sini samada masih lagi dijalin atau sudah gugur talak tayapawaunya.

Terdapat juga khabar angin bahawa hubungan tunang ini telah terputus dek kerana Saiful tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan yang terhasil sebelum ikatan perkahwinan, dan terdapat juga khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Saiful mahukan kandungan tersebut digugurkan dan akhirnya menyebabkan hubungan tunang itu terputus di tengah jalan. Namun khabar angin tetap berstatus khabar angin selagi ia tidak dibuktikan sahih. Politik persepsi begitu kejam untuk diharungi walaupun khabar angin tidak mungkin dijadikan asas bukti atau saksi. Maka saya menganggap hubungan tunang di antara Janna dan Saiful masih terjalin.

Jika saudara pembaca semua masih ingat, kata-kata Janna bahawa dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang. Itulah tekadnya seorang tunang menanti kebenaran menyebelahi sang tunang. Begitu hebatnya cinta seorang pengamal media terhadap seorang coffee boy, yang sebelum ini gagal menghabiskan pengajiannya walaupun mendapat biasiswa dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Apakah agaknya perasaan Janna bila mengetahui tunangan kesayangan berlaku curang? Masihkah utuh keteguhan Janna di belakang tunangnya apabila kebenaran yang dicari, dicurahkan dengan kepahitan sebuah perselingkuhan?

Hari ini, perjalanan perbicaraan kes Anwar sekali lagi menimbulkan gempar. Tidak cukup dengan kegemparan yang disahut ketawa guling-guling apabila mangsa mendakwa dua hari berturut-turut tidak membasuh dubur dan tidak berak semata-mata untuk menjaga bahan bukti yang bersifat cecair. Tidak cukup dengan kegemparan sespontan ayat can I fcuk you today? Tidak cukup dengan kegemparan seorang mangsa liwat bergender lelaki 20an tidak berdaya menolak asakkan warga emas yang umurnya mencecah 60an. Kegemparan kali ini berlaku di luar mahkamah, iaitu hubungan romantis di antara seorang mangsa liwat dengan si penyambung nyawa iaitu timbalan pendakwa rayanya sendiri - Farah Azlina.

Berikut adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Janna dalam blognya yang kini hanya telah ditutup untuk tatapan umum;

“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua….,”

Maka kebenaran yang dicari oleh Janna telah terbukti jua apabila Saiful digosip-hangat sedang menjalinkan hubungan romantis dengan seorang timbalan pendakwa raya. Gosip atau khabar angin adalah tidak manis untuk dibicarakan secara terbuka kerana ia akan menggerakkan penyebaran fitnah, namun jika 'madunya' si Janna Syariza yang bernama Farah Azlina telah digugurkan serta merta dari pasukan pendakwa raya, maka saya melihat tuduhan Raja Petra adalah berasas. Mengapa begitu terburu-buru menggugurkan seorang timbalan pendakwa raya, dan dengan pantas menafikan peranan seorang timbalan pendakwa raya dalam sebuah kes yang berprofile tinggi?

Farah Azlina telah gugur di medan mahkamah bagi mengelakkan kredebiliti pasukan pendakwa raya tercalar, dan ia juga bertujuan untuk menyelamatkan perjalanan kes yang semakin songsang pada bacaan umum. Apakah persepsi yang bakal timbul sekiranya seorang mangsa liwat didapati meliwat timbalan pendakwa rayanya sendiri? Oleh demikian, sebelum episod tidak mustahil ini menjadi kenyataan, adalah lebih baik Farah Azlina digugurkan dan Saiful pula dinasihatkan supaya tidak lagi menambah beban kepada sebuah pasukan yang mempunyai misi besar - Menyumbat Anwar Ibrahim kembali ke Sungai Buluh.

Rakyat melihat perjalanan kes ini, rakyat membaca selok-belok dan segala cornering yang berlaku di dalam dan di luar perbicaraan mahkamah yang melibatkan seorang ketua pembangkang. Sedikit demi sedikit cacat-cela di pihak pendakwaan telah terbit membentuk kebenaran di pihak yang didakwa. Mahukah rakyat percaya kepada seorang kasanova yang melempar tuduhan menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim? Mahukah rakyat percaya kepada seorang pro-aspirasi yang gagal dalam pembelajaran universiti? Mahukah rakyat percaya terhadap seorang pengotor yang sanggup tidak membasuh duburnya untuk tempoh dua hari demi sebuah bukti?

Keperibadian Saiful tidak mahu tidak, menjadi pertaruhan besar dalam mendepani pandangan rakyat dan juga pasukan peguambela Anwar kerana susuk pejuang ratyat ini bukanlah mudah untuk ditewaskan selagi mendapat sokongan rakyat kebanyakkan. Menyumbat Anwar ke penjara tanpa asas yang kukuh bakal menyebabkan kebangkitan rakyat yang diterjemah di jalan raya pada tahun 98 kembali berulang. Oleh itu juga, keperibadian Saiful direka-cipta apabila penampilan terbaru menunjukkan Saiful mempunyai 'lebam sujud' di dahinya. Sedangkan sembahyang berbelas tahun belum tentu ada tanda di dahi.

Kekalahan dari sudut keperibadian akan menyebabkan Saiful kalah lebih awal dalam bicara awam walaupun akhirnya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Memenangi kes mahkamah dengan jualan persepsi yang tidak laku akan menyebabkan kebangkitan, malah kebangkitan kali ini tidak dapat dijangka hebatnya. Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengatur konspirasi, namun sehebat mana pun perancangan mereka nescaya perancangan Allah itu Maha hebat.

Berbalik kepada soal Janna Syariza yang tidak diketahui apakah nasib yang menimpa dirinya ketika ini, jika ditakdirkan Janna membaca artikel blog ini, ingin saya nasihatkan kepada Janna betapa Allah masih menyayangi diri Janna apabila memberikan hidayah serta petunjuk yang jelas akan wajah-wajah sebenar Saiful Bukhari disebalik dahi legamnya.

Maaf jika kebenaran itu amat pahit untuk ditelan oleh yang empunya badan, kehidupan harus diteruskan dan harapan agar ia membangkit keinsafan lantas satu keberanian untuk mendedahkan sesuatu adalah dituntut. Sebagai tunang atau bekas tunang kepada Saiful, Janna pastinya mempunyai sesuatu untuk didedahkan demi sebuah kebenaran terpendam. Semoga Janna berjaya mengadaptasi apa jua kebenaran yang telah terserlah.

Kepada rakyat yang mengikuti perbicaraan Fitnah Liwat II dengan tabah dan sabar, Anda juga berhak menghakimi perbicaraan yang penuh songsang lagi meragukan. Berjanjilah jika keadilan itu dinafikan oleh penghakiman yang berat sebelah, yang menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara, ayuh kembali ke jalanraya!! Anda semua terpanggil untuk sekali lagi mengharungi air gatal water cannon oleh pasukan bomba berbelantan. Disinilah manisnya berjuang, demi masa depan ugama, anak bangsa dan tanah air.

Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Mahathir), kini saya bersedia di atas medan mana pun, mencari keadilan untuk pejuang keadilan !! Ayuh kita kembali ke jalanan, demi sebuah keadilan yang dinafikan!!

RE-FOR-MA-SI

Khamis, 7 Oktober 2010

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?


Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin  ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).”

Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi
Cuba Anda Kaji Gambar Ini PELAKON TAMBAHAN WARGA EMAS... ( dalam Bulatan) Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir # Satu lakonan yang hebat. # Tapi sayang ... kantoi dalam Adegan Yang Tidak Disengajakan

KISAH SI PENJUAL TEMPE


. Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk ...menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya ALLAH , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”. Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa berdoa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH