Isnin, 25 Oktober 2010

Halusnya Rasulullah s.a.w dalam berdakwah



Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani dah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? makin hina sebab berjuang tak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, nak mengata orang, itu bukan seni.

Islam itu halus, dia punya seni. Siapa boleh buat yg seni-seni itu yang boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang, tengok sahaja dah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tak seni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tak larat, fikiran perasaan serabut pasal tak seni. Berjuang yang tak seni pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.
Islam itu seni. Tengok bagaimana seninya Rasulullah SAW,
Contoh ke 1 :
Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ni siapa. Umar ni berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam dah pernah bunuh orang.
Satu hari Baginda ajak Umar pergi tengah padang pasir, ikut jelah tak payah tanya, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.
Rasulullah kata, “hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.
Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah, “ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.
Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah , mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?
Contoh ke 2 :
Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ni tak faham adab, tak bertamaddun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tak faham. Satu hari dia berada di masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada. Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.
Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “TAK APA, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.
Itukan seni. Rasul tak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu terpukullah. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.
Macamana tak berjaya Rasulullah didik orang? Jadi sahabat-sahabat lain pun terpukul sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.
Sebenarnya Islam itu seni, kalau tak seni orang takkan boleh ikut.
Contoh ke 3 :
Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.
Budak itu jawab, “saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yg saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.
Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis lagi. Lalu Rasullah bertanya, “mengapa menangis? kan saya dah bagi duit?”
Budak itu menjawab, “tadi saya menangis karena hilang duit, yang menangis kali ini karena saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”. Lalu Rasullah berkata, “kalau begitu tak apalah, saya hantar”. Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah nak marah.
Kan seni tu? siapa boleh buat macam tu? Kita tengok budak tengah jalan compang camping tak pedulilah, menangis ke tak awak punya pasallah termasuk ulama. Itulah dakwah seni.
Contoh ke 4 :
Satu Hari Raya, Rasulullah nak ke masjid, dia lihat di tepi jalan ada budak-budak bermain-main dan ada sorang yang tak main tapi dia menangis, Rasulullah pun terus pergi kepada budak itu.
Rasulullah sangat sensitif perasaannya, nampak pelik sikit dia terus tanya, “mengapa awak menangis ni, orang lain sedang suka-suka main-main”. Dia pun cerita, “saya sedih ayah dah mati mak saya kahwin lain, ayah tiri biarkan saya, hari ini hari raya saya tak dapat pakaian macam kawan-kawan lain”.
Apa kata Rasulullah? Rasulullah kata, “kau nak tak aku jadi ayah kau, dan Aisyah jadi mak kau?”. Budak itu setuju. Lalu Rasulullah terus bawa balik ke rumah dan bagi pakaian baru padanya.

Penamaan calun PRK N.45 Galas

Laporan langsung penamaan calon PRK N.45 Galas
 
Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.

Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.







9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.
9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.

9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.
9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.


9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.
8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.
8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid
8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid
8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.
8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.
8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.
6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.
5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.
Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.
5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.
5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.
Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Tinggalkan umno ....


17 Zulkaedah 1431 H


LARUT , 23 Okt : - Pakatan Rakyat Parlimen Larut dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut & Majlis Tindakan DUN Batu Kurau telah mengadakan ceramah perdana mengenai isu-isu semasa dan juga berkenaan Bajet Belanjawan Negara 2011 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen.

Kehadiran rakyat Dun Batu Kurau yang datang untuk mendengar ceramah dan ucapan pimpinan PR amat luar biasa kerana hampir setiap sudut tempat duduk dipenuhi lautan manusia, ceramah dimulakan dengan ucapan oleh para pimpinan parti PR Larut.

Sdr Beh Heng Kin selaku Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri Perak berucap mengenai keadaan Rakyat Malaysia amnya Perak yang mahukan perubahan segera kerana kempimpinan yang baik akan menguruskan sebuah kerajaan dengan adil dan saksama bagi semua kaum untuk menikmati hasil dan kekayaan bumi Malaysia ini.

Menurutnya lagi hak setiap kaum dijaga dan keakraban silaturahim antara semua kaum juga akan terjaga sekiranya kerajaan yang baru dibentuk selepas PRU 13 akan datang.
Che’ Gu Bard pula mengupas mengenai sistem kehakiman Negara yang perlu dibebaskan dan pihak keselamatan perlu meningkatkan kawalan keselamatan kerana Negara Malaysia setiap hari akan mendapati kes-kes jenayah berat berlaku.

Penceramah terakhir ialah Naib Presiden PAS, Yb Salahudin Ayub memberikan Fakta-fakta mengenai Bajet 2011, tertumpu pada projek-projek Mega , dengan keseluruhan Bajet berjumlah RM212 bilion dan intipatinya adalah untuk Projek Sistem

Pengangkutan Pantas (MRT) Lembah Klang - Kuala Lumpur Projek ini berharga RM40 bilion merupakan sejarah yang mana adalah kos paling tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Menurut YB. Salahudin kos untuk membina Menara Warisan Merdeka dengan harga RM5Bilion yang untung hanyalah kepada kroni-kroni Umno Bn, sedangkan ramai lagi rakyat yang derita tidak cukup makan.

Kaum petani dan nelayan memerlukan bantuan tapi tiada disalurkan kepada yang memerlukan “inilah kerajaan yang zalim memerintah hanya untuk kepentingan diri dan keluarga serta kroni rakyat dibiarkan hidup susah dengan kenaikan harga barang yang semakin menigkat.

” TeganyaRakyat yang hidup seperti di kampong dan kawasan luar bandar seperti Batu Kurau tiada Infrastruktur ,sama juga seperti kawansan-kawasan luar bandar yang lain.
Akhir Yb Salahudin Ayub mengajak orang melayu dan bukan melayu meniggalkan umno BN serta membina hidup baru bersama Pakatan Rakyat

Kemenangan Pakatan Rakyat menurutnya akan membina sebuah kerajaan yang adil amanah dan berkebajikan yang mengikut panduan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan juga menghidupkan semula sistem demokrasi berparlimen yang adil dan saksama.

Isnin, 11 Oktober 2010

Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan
DUMEXjiman_76   
Saya adalah generasi kedua Felda iaitu FELDA KAHANG BARAT, terpanggil saya untuk menjawab "FITNAH" daripada Datuk Ahmad Maslan. Terlebih dahulu ingin saya memulakan dengan isu TABUNG TANAM SEMULA yang di wujudkan oleh FELDA. Tidak dinafikan tabung ini memberi manafaat kepada warga Peneroka. Pernah kami merayu kepada FELDA untuk tidak membuat pemotongan ketika HARI RAYA memandangkan ketika itu harga kelapa sawit tidak begitu baik dan rayuan kami tidak dihiraukan. Maka kami adik-beradik menangis kerana tidak dapat pulang kekampung akibat kesempitan wang.
Walupun ada pemotongan untuk tabung tanam semula, bapa saya masih juga membuat "PINJAMAN ASB" di MAYBANK pada tahun 1995 sebanyak RM20,000. Pelik juga saya, bila ditanya kepada ayah apa tujuan dia membuat pinjaman tersebut. Ayah menyatakan ia adalah wang untuk persediaan menampung kos untuk tanam semula kelapa sawit.
Setelah 10 tahun berlalu, wang tersebut telah pun matang maka tibalah masa untuk pokok kelapa sawit ditebang. Betapalah sedih bila diberitahu oleh FELDA bahawa duit tanam semula yang di kumpul hanya boleh dikeluarkan sekiranya pokok TUA ditebang dan pokok MUDA telah pun tumbuh. Selepas itu perlu ada pemeriksaan dari pihak FELDA. Mujur Ayah saya telah membuat perancangan awal.
Tahukah rakyat malaysia, mereka yang mempunyai keupayaan mengusakan sendiri penanaman semula terpaksa membuat pinjaman BANK untuk kos PENEBANGAN POKOK, RACUN, ANAK BENIH, BAJA yang kosnya menelan belanja hampir RM20,000. Sedangkan FELDA senang lenang menguruskan tanah tersebut dengan duit yang telah tersedia dalam tabung tanam semula.
Pihak FELDA perlu sedar, Mereka BOLEH MEMPERBODOHKAN warga peneroka yang rata-ratanya tidak mempunyai taraf pendidikan yang rendah akan tetapi kami anak-anak warga Felda yang mempunyai MENTALITY tinggi tidak akan membiarkan ibu bapa kami diperlakukan sebegini.
MAKA, saya nak bangkitkan persoalan yang daripada DATUK AHMAD MASLAN, memang wujud 2 golongan:
1. Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah. Golongan ini mempunyai modal sendiri [simpanan@pinjaman bank] untuk menguruskan kebun dan duit tanam semula tersebut di keluarkan oleh felda selepas melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Maka wang tanam semula adalah satu "bonus" atas mereka dan terpulang pada mereka untuk mebelanjakannya.
2.Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang. Golongan ini tidak mempunyai Modal untuk menguruskan kebun dan sepatutnya golongan ini dibantu oleh FELDA dengan mengeluarkan WANG TANAM SEMULA yang menjadi HAK mutlak peneroka. Mereka mempunyai keupayaan tetapi tiada modal.
Maka, dengan ini saya menolak sekeras-kerasnya, tuduhan bahawa pihak peneroka Felda MENYALAHGUNAKAN WANG TANAM SEMULA dan saya mengangap ia satu FITNAH.

Ukhuwwah yang Palsu!

oleh Mohd Hakim Mohd Nor
1.0 Pengenalan

Ukhuwwah Islamiah adalah suatu perkara yang amat suci dan merupakan anugerah Allah kepada orang-orang yang dikehendakinya. Walau sehebat manapun usaha yang dilakukan oleh seseorang yang mahukan ukhuwwah, walau sebanyak mana harta yang ditaburkan untuk memiliknya.. namun ia tidak akan mampu memilikinya selagi Allah SWT tidak memperkenankannya.

Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anfal , ayat 63 : Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.

Justeru, untuk merasai kelazatan nikmat ukhuwwah Islamiah, kita perlu memahaminya terlebih dahulu syarat-syarat dan kelayakan orang yang dipilih Allah untuk merasainya.

2.0 Syarat Ukhuwwah Islamiah

Syarat utama ukhuwwah Islamiah ialah hubungan itu berlaku kerana Allah. Semuanya bersandarkan kepada Allah. Ertinya, hubungan yang dijalinkan antara dua individu itu  mestilah hanya kerana bermatlamatkan keredhaan Allah. Justeru, apabila matlamatnya ialah Allah, maka segala perlakuan antara dua individu itu juga hendaklah menepati kehendak Allah.

Apabila bertemu dengan sahabatnya, akan terasa kelembutan dan ketenangan jiwanya. Dimukanya redup dan senang. Akan segera teringat kepada Allah apabila bersama dengannya kerana dia sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Ibadah kita semakin bertambah. Terasa rindu untuk meletakkan kepala sujud dihadapannya.

Ukhuwwah seperti ini ada digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya :  dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang
kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Pada hari ini, ramai yang mengaku berukhuwwah kerana Allah, tetapi melakukan banyak kemungkaran dan kefasadan dalam hubungan tersebut.

Ukhuwwah itu tidak ikhlas, disandarkan kepada kelebihan yang ada pada individu yang satu lagi. Dia seorang yang kaya, maka dialah kawanku. Dia orang bijak, maka dialah kawan aku. Dia ada komputer canggih, maka dialah kawan aku. Dia anak menteri, maka dialah kawanku. Sesungguhnya ini bukanlah ukhuwwah akan tetapi satu kepalsuan yang dibalut dengan nama ukhuwwah!

Lebih dahsyat lagi, keakraban dua orang sahabat dalam melakukan maksiat turut dicop sebagai ukhuwwah!

Segerombolan pencuri mengaku mereka mempunyai ukhuwwah yang mantap. Saling cover dan membackup kawan yang terlepas dari cekupan polis. Sanggup dibelasah dalam sel oleh polis , tapi untuk membocorkan nama kawan pencurinya yang bebas.. tidak sama sekali! kerana katanya.. inilah ukhuwwah!.. nah.. kepalsuan yang nyata!

Lebih dahsyat lagi, apabila ukhuwwah itu dibangga-bangga dan ditaja pula kepada orang lain sehingga rosak maksud sebenar ukhuwwah yang dianjurkan Islam.

3.0 Bertaubat dari ukhuwwah yang palsu

Seringkali manusia ini melakukan kesalahan. Maka sebab itulah datangnya para rasul untuk membawa keluar manusia dari lembah dosa ke taman pahala. Antara berita gembira kepada pelaku-pelaku dosa yang disampaikan oleh Rasul ialah : "Setiap orang itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari melakukan dosa"

Begitulah sifat Ar-Rahim, Tuhan yang Maha Mengasihani, mengampunkan dosa hamba-hambanya walau setinggi dan sejahat mana dosa itu. Seperti yang difirmankanNya dalam surah Al-Baqarah, 2:222 (Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri)

Maka bertaubatlah wahai manusia, yang menjalinkan ukhuwwah palsu! Apatah lagi ukhuwwah palsu itu pula dibaluti dengan perbuatan maksiat. Nauzubillah.

4.0 Meninggalkan teman yang membawa kita ke neraka

Pra syarat taubat yang disepakati oleh para ulama ada 3
- menyesali/membenci perbuatan maksiat
- meninggalkan perbuatan maksiat
- berazam tidak melakukannya lagi

Maka, jika dengan berkawan dengan seseorang itu menyebabkannya tergelincir ke kancah dosa, maka tindakan yang paling tepat ialah dengan meninggalkannya! Tidak bersahabat dengan orang itu lagi! Tidak sama sekali ia berbunyi memutuskan ukhuwwah, kerana hubungan yang dijalinkan sebelum itu bukanlah ukhuwwah!

Ukhuwwah adalah persaudaraan yang disandarkan kepada Allah serta membawa kita dekat kepada Allah.  Maka jika ia membawa kita menjauhi dari Allah, sudah terbukti jelas ia bukanlah ukhuwwah!

Maka, jika dilihat kepada pra syarat taubat... menyesali perbuatan maksiat, membencinya dan berazam tidak melakukannya lagi... bagaimanakah untuk melaksanakannya jika masih lagi berada dalam persekitaran/biah yang mendorong untuk melakukan maksiat?

Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW :  “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi seorang peminum arak yang bertaubat, bagaimana mungkin dia untuk tidak terus menerus meminum arak andai seluruh teman-teman semejanya masih meneguk dengan asyik air kencing syaitan itu?

Bagi seorang pelacur yang bertaubat. bagaimana mungkin dia terus istiqamah tidak berzina seandainya masih lagi berkawan dengan lelaki-lelaki hidung belang?

Bagi seorang penerima rasuah yang bertaubat. bagaimana mungkin dia dapat menolat getaran menerima duit suapan rasuah bila bersama dengan kawan-kawan yang masih lahap menjilat dan meratah wang rasuah?!

Oleh sebab itu, jangan takut untuk memutuskan hubungan dengan orang yang membawa kita jauh dengan Allah. Walaupun diancam , walaupun dikeji, walaupun disabotaj... tekadkan hati, bergantunglah kepada Allah.

Lebih baik mati dikeji orang namun disayangi Allah dan seluruh penduduk langit daripada dikasihi kawan-kawan namun menjadi musuh Allah dan para penghuni langit.

5.0 Penutup

Ingatlah, berpisah kerana Allah juga diiktiraf oleh Allah.Bahkan ia mendapat ganjaran yang sangat tinggi, iaitu mendapat naungan Arasy Allah!

Janganlah kerana terlalu takut/resah/bimbang/sayang untuk berpisah dengan kawan yang merupakan si pelaku maksiat dan pendorong kita melakukan maksiat.. menyebabkan kita menggigit jari dan menyesal nasib di akhirat kelak.

Allah gambarkan golongan ini di akhirat dengan cukup lengkap , "Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” (Surah al-Furqan: 28)

Maka, jangan ditanya mengapa aku tidak lagi akrab dengan kamu. Kerana sesungguhnya Aku Takutkan Allah.

Ahad, 10 Oktober 2010

zariah pemuda pas pusat ke Larut


Daripada dewan pemuda pas pulau pinang .... Ust halim

rumah pertama yang kami zariah ... Kg Sangkut mukin ijok ..
nie lah DAPUR rumah yg pertama kami zariah .... jauh sekali dp rumah ANDA ..
sempat lagi pi LATA mat sabu ... tempat nie lah Abg Mat selalu pi mandi ..

zariah pemuda pas pusat ke Larut

pada 9hb - 10hb- okt 1010. seramai 250 orang daripada Dewan  pemuda pas pusat , Dewan pemuda pas Negari negari seluruh malaysia bersama dewan pemuda pas perak , dewan pemuda pas kawasan telah menjayakan porgam Zariah rumah ke rumah dalam kawasan Larut , 
kawasan larut perak  telah dipilih menjadi tuan rumah dan pelancaran pogram zariah rumah ke rumah dalam negari perak tahniah Dewan pemuda pas kawasan Larut . pelancaran pogram telah disempurnakan oleh yang berhormat YB  Ust Fildaus daripada AP kedah ...